Monday, 19 November 2012

Aku dapat 5A??

hello
korang sihat? farah sihat sangat2 *lain macam bunyi tuh?..farah gembira sangat hari ni. Sebab,farah dapat 5A dalam UPSR!!
Itulah benda yang sangat tidak dijangka akan berlaku hari ni....mmm, akhirnya selepas berhempas pulas farah berjaya jugak dapat 5A....
korang nak tahu tak? tadi, masa farah naik kereta, farah rasa berdebar sangat2...terkumat-kamit mulut farah baca ayat-ayat suci.Pastu, bila sampai kat sekolah,tangan farah mula rasa sejuk sangat2.Macam nak mati pon ada. Farah duduk je lah atas kerusi sambil berdoa....
Lepas dah panjang lebar cikgu bercakap,cikgu farah pon umumkan nama murid2 yang dapat 5A dalam UPSR.Yang amat tak disangka-sangkakan, nama farah telah tertulis sebagai calon yg mendapat 5A dalam UPSR.
Bila nama farah disebut, farah terus bangun dan mengambil keputusan UPSR.Korang tahu tak? masa farah tengah jalan nak pegi kat depan kan, farah seolah-olah sedang terbang...*mesti tak faham kan?..ni slip keputusan farah :

*nak menunjuk-nunjuk pulak aq


ni lah muka2 yg dapat 5A :

5A UPSR!!!
ni pulak gambar farah masa tengah menggedik ngan slip keputusan

*tudung sekolah + baju biasa
tapi, korang nak tahu tak? farah masih tak tahu benda ni betul ke tak....farah masih tengah terkejut. Bila farah tengok keputusan UPSR kan, farah macam nak pengsan je....

Sebab,ujian2 sebelum ni farah langsung tak pernah dapat 5A!!*UPSR je pon...bukan SPM

tu je untuk hari ni....sebelum mengundur diri,farah nak ucapkan terima kasih kepada keluarga,guru-guru,sedara-mara dan kawan-kawan...Sebab, farah rasa farah takkan boleh dapat keputusan ni tanpa diorang....*dah mula perasan ;p
BYE!

Saturday, 3 November 2012

Berdebar berdeboh

assalamu'alaikum......hello
korang sihat?....korang nak tahu tak? nak? nak? minggu depan result UPSR keluar.....berdebar-debar farah dibuatnye...
farah harap sangat2 farah dapat 5A...sebab, farah nak masuk asrama Seri Puteri....farah nak mulakan hidup baru dekat sana....Mula2, masa mak farah suruh masuk asrama farah tak nak masuk sangat2....farah sebenarnye malas nak duduk jauh dari rumah dengan buat kerja2 sendiri...macam basuh baju ke, macam2 lagi lah
tapi, bila farah fikir2kan balik, best jugak kalau masuk asrama....sebab farah nak dapat kawan2 baru....kalau kat SMK 24 ni, mesti muka kawan2 sama je.....tak best....farah nak dapat kawan2 baru...*tapi kawan lama farah takkan lupakan, nanti org kata lupe diri pulak....
mmmm....minggu depan merupakan minggu paling sibuk....tengok senarai kat bawah ni :
Isnin =
 Ada perlawanan bola sepak sekolah farah lawan SK Seksyen 7 dekat SK Bukit Subang....*farah ngan kawan2 yg lain pegi jugak...nak jadi penyokong lah katakan.....
Selasa =
 Majlis Anugerah Cemerlang.....farah terlibat jugak...sebab farah dapat anugerah mata pelajaran terbaik BM (Penulisan) dan Kemahiran Hidup...jadi, kena datang sekolah....sedangkan kawan2 farah yang tak dapat anugerah cemerlang syok duduk rumah...nak buat macam mana, murid cemerlang lah katakan....
Rabu = 
Result UPSR keluar (mungkin)....*masih tak dapat dipastikan lagi hari apa....tapi mungkin hari Rabu result tu keluar
Khamis = 
Mungkin banyak benda yang nak diuruskan, contohnya penempatan sekolah menengah taun depan....dan macam2 lagi lah...
Jumaat =
Nangis :'( *mungkin.....sebab hari last sekolah dekat SK Seksyen 24....I WILL MISSS U SKS 24!!!
Tapi, farah boleh berseronok hari Sabtu....yeaayy!!
okey la....tu je untuk hari ni...korang tolonglah doakan farah semoga mendapat 5A dalam UPSR nanti taww.....BYE!!